today

Saturday, December 10, 2011

nak kek baskin robin !


december...love this month...
ye la, siapa yang x love die punye bday month kan??
xpecially my bday yg......u know, semua org sambut my birthDAY...ahakss
padahal diorg sambut Christmas eve..
haha..*koya lebih*..

yap ! my bday is coming right sooooooonnn..
so,, i really wanna ice cream cake as my bday cake, can i???
please say yes for me...*begging..haha
x de la..saje je..tapi klu dapat...peh !!! surely willllll love and appreciate it...

actually,, i've had a coupon from BR..which is $3 off..
but, here??? mache??? there is no BR store ! 
so,, do i need to forget about my ice ream cake????
huaa!! please say NO for me !! 

klakar kan...nmpak sangat i ni demand...nk ice cream cake konon...
walaupon,, walaupon just $3 off....haha

k,, biar la... just let it go...T_T


* this is the email from BR and the coupon *

sedey tau...have to forgetting my ice cream cake...


sekian



let's follow our RASULULLAH's diet =)

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


^^ so, jom change our wrong habit now ! ^^


sekian

Thursday, October 27, 2011

bakawali

yeah, 1 month semester break seriously made be soooooooooooooooooo boring owkeyh !!
doing nothing at home..eating, sleeping, facebooking,watching tv yg xde crite tu, ahhhh...boring tau x???
so, today i wanna fill my leisure time~
puah weyh ! ni baru hari ke brape cuti...lame lagi tu nk tunggu cuti habes~
boh la~ let's join me.. making something that called BAKAWALI which is one of my favourite...nyumm2

moh la kite ke dapur ye...

first of all, prepare the ingredients.....and we needs : 
tepung pulut, sugar, coconut milk, water, air kapur, and egg

and how??? ok, let's start making it :

a cup of sugar, 1 1/2 cup of concentrated coconut milk, half cup of water, an egg, and a little of air kapur are mix together in a bowl. 
then, put 1 kg of tepung pulut in it. mix well until become a smooth dough...*ingt,, doh jgn lembik sangt, klu lembik nnt die mengembang waktu mggoreng, so x cantik.. ^^
put in the mold and fried it until golden yellow...and tada !!!!!!!!! it's done~dah siap lah~ 
just cool down it and a crunchy bakawali is ready to be eaten... 

this is my mom recipe ~

tq and happy trying ! gerenti delicious ! 




hmmm.....feel a little xcited today bcoz one day of my semester break was filled with meaningful xtvt...huhu




sekian






Friday, September 30, 2011

adeq Iqbal Fahreen..

sedehnye...guys,,i want to share something that i had found on fb...seriously sad for me .. n sure for u...if u wanna read,,read slow2 k..because it will make u.......crying..huaaaaaaaaaaaaaaa!!!
k la...please read it..n u will know how's big a love from a mom...a strong mom!!



Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membu...sung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.








sekian

Sunday, September 25, 2011

kembar hitam putih 1

... suke tengok kembar ni ... 
x pe kan?? sebab diorg pon ciptaan Allah???...hehe..bole gtu ek??ishk3x~
handsome sangat la These Twins ... dah la seiras gile ! macam x de beze ...
rezeki korang ber2 sebb dapat wajah yang macam tu tau! haha =)
black n white .. not the color of their faces, but the color of clothes that they keep wearing ..
every time i saw them, that was the color that they wore,,,
I never saw them wear clothes other than black and white ..
they are definitely identical twins, which until now I cannot distinguish between them ...
both of them make their hair stood, both of them wore glasses, and both of them are too white for a man!! 
that was the most thing that menjealouskanku ...lelaki melayu yang berkulit putih...so rarely la dpat jumpa kan...
but,, they are not environmentally friendly la... don't want to smile at all ! sabo je la... ha ha


..continue..






sekian

Sunday, September 18, 2011

what's going on with me??

eiiiiiiiiiiiiii,.....please la ...wake uppppppppp!!!!!!!
nk final da ni...lagi 4 hari je.... xsedar2 lagi ke??????????????
everything is up to me...habis la klu aku x sedr2 jugk...=(

p/s : makin nk pekse makin malas nmpknye...penuh dogaan dari setan ni nmpknye !!



sekian


Saturday, September 17, 2011

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif



guys,,,sweeeeeeeeeeeeet nye lah lagu ni..^^

mv pon best...layan k...bye~

**nk berangan jap**hahha









sekian




berharganya wanita


Salam... Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)
Hanya sekadar renungan....Berita GEMBIRA buat muslimat yg TAK SUKA BERTUDUNG..Bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun utk bertudung... Tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT...Tak kesahlah nak pakai LANGSIR, KAIN BATIK, SELIMUT, CADAR, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipun.. Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya..jadi???

p/s untuk diri saya dan anda : tutuplah aurat... ^^







sekian


upin & ipin


ha,betul betul betul !!! *trademark upin & ipin*

sape je yg x suke cartoon ni???cer oyak ko sayo...hehe

Upin & Ipin is a 3D animated series about two 5-year-old twins telling the story of their everyday life which is filled with fun activities with their friends and learning new things. The first two seasons tell the story of the twins’ and their friends’ experience during the fasting month of Ramadhan and how they go through it. The third season focuses on general issues such as friendship, sharing, respecting elders and many more. The new fourth season tells stories through their daily lives full of exciting activities and tons of creative imaginations including solving a mystery of a missing book, and playing sports like badminton and football. The series stays true to its fun educational stories instilled with moral values and topped with humour and action, making it a series the whole family can enjoy together. 




talk about upin ipin,, all Malaysian would knew it... if went to the shop,all items have pictures of this twin boys..
sampaikan,,channel tv indonesia had made a comedy sitcom based on this cartoon tau..^^
ya,,this cartoon shows truly Malaysians and so proud that anak Malaysia can make a product like 
this...!
yeah, Malaysia boleh!!!

p/s : if you guys want to watch this cartoon or find out more about this upin ipin,, let's check it out at this link: http://upindanipin.com.my



sekian


Sunday, June 5, 2011

sedey !

The new semester already started…alhamdulillah coz I can continuing my 4th sem without any repeated subjects..but,, 1 thing that make me trouble.. I failed to get a hostel  4 this semester  because of the new intake  terlalu ramai...ya allah,,more 1 thousand new students! Gile ramai!!..

Until today, I have to stay in my friend’s room..jadi pss..thank god that them all understand and x kesah klu I nk tumpang pon..but...who knows???

Ya Allah,, sedey kot..harap bende ni brlaku skjap je..hopely that I will get my own room..help me ya Allah.. mane la tau diorg ni x selesa dgn pnumpangan aku..





sekian

Saturday, May 28, 2011

perak dc

post kali ni nk share about drum competition yg kitorg join at perak on 16th may hari tu..
yeah..it's done..
dan kitorg pon dah balik rumah masing2..huhu
lame jugak kitorg berlatih utk prtandingan kali ni...about 2 weeks...


ni kitorg prac kat medan ilmu..


lagi 2 hari prtndingan,, kitorg tukar tempat practice,,kat padang..
 coz kat perak nnt kitorg kene perform atas padang..


mak shera bawak pulut durian utk kitorg..nyum2...sedap..
thanks a lot mak cik~


ni plak time kitorg dah nk gerak pg perak...
alat2 dmasukkn dalam kotak dan masuk dlam bas.. 
dlm kol 10pg kitorg gerak..babaiii uitm mache~


yeah..this is the place..
tapi ni bandar si,,bukan uitm si...hehe


ni baru betol..petang kitorg sampai..dlm kol 6..
sampai2,,tgk dak2 uitm laen dah start practice,,x pe,,sabar~
lepas dftr,,relax2 kejap dlm bilik,,pastu turun makan..
pastu barulah kitorg practice..



lambat kitorg start practice..
biase la,,snare, bass, n rotto kene di tune kan dulu..bagi bunyi sedap..
dlm kol 11malam barula kitorg start blatih..ish2..lewat gile~!



esoknye kitorg sambung practice lagi..
tapi,,hari ni dpt practice half day je..
sebb ptg nnt ade rehearsal utk esok.. 


pkul 2 ptg kitorg trun utk rehearsal tu..
ni lah khemah utk kontinjen klantan..
bersebelahan ngan khemah tuan rumah, perak~


smentara nk tunggu rehearsal start,,
 kitorg melarm ambek gmbar dulu..
baju tu free tau..
semua yg terlibat ngan drum comp ni dapat baju tu..
so, utk rehearsal hari ni kitorg semua kene pakai baju tu..


rehearsal dah pon selesai..
ingtkan lepas tu nk practice lagi,,
sayang.. hujan trun dgn selebat2 nye..
ksian kitorg..


lebat gile hujan..lame plak tu..
habis kene bukak kasut..takut kasut basah..hehe
nak lari tempat laen pon x bole,,
tunggu je lah bawah khemah ni..sampai hujan brhnti~


mlm tu kitorg ade dinner..
dinner utk cabut no giliran utk perform esok..
kitorg dapat no 8..
hmm...ade 9 uitm kot semuanye~


ni lah kitorg.. 
mase ni nk masuk padang utk majlis perasmian..


kitorg perform dlm pkul 10.30 pagi...
lepas kitorg perform,, tinggal satu uitm je x perform lagi..
lepas habis semua ,, barulah majlis penutup / penyampaian hadiah diadakan..
tempat pertama disandang oleh uitm ganu,, diikuti uitm jengka dan uitm s.alam..
mmg dah agak da diorg menang..
kami??kami dpt tmpat ke-enam..
x pe la..ok pe..haha..good job guys~!
selesai sudah pertandingan percussion '1 beat 1 uitm' di bumi perak ni..


bergambar bersama kontinjen tuan rumah,, perak..

mmg ade chemistry la perak ngan klntan ni..
khemah bersebelahan, lagu pon same (bunyi gitar),
thn lepas mase pertandingan kat klntan,,uniform perak x siap ag,,
so, pinjam uniform lame uitm klantan..
tapi thn ni uniform diorg dah siap nmpknye~
wa,, bau kedai~!!hehe


ni plak bergambar dgn a part of dak2 uitm s.alam..
kitorg dah pnah jumpa dah sblm ni..
mase libb37..

ok,,tu je lah post kali ni..



sekian

Saturday, May 7, 2011

blik jugk akhirnya

hari kelime prctice with the band...
tomorrow is may 8 and i have to go back home bcoz my abg is kawen...
ya~lastly i have to go back jugak...well, i had said before that i can't go back home,, but feel pity with my mom...
hari tu mak ade call and asked me : adek x balik ke abg kawen nnt?, mak dah buatkan baju ni...with a sad tone, even mak x confess that her sad,,but i knew it...huhu..ok lah..adek balik ni...
ticket was bought yesterday and now just wait for mlm esok jah...thanks to kak yana coz her bought me a bus ticket..


this is the ticket...
ya allah mcm mmbazir je...RM129 untuk pg balik~!

p/s : guys,, sorry,,i kelik meta jah...1 hari...lusa i practice mula deh...hehhe
mak,,blik nnt nk claim duet tiket..hehe








sekian

Thursday, May 5, 2011

zebra sensation night

a black n white dinner for all commanders...also for our seniors who'll be saying good bye to us because they will grad from uitm mache...happening~!


with kak mia, shah n raz..
macam mane la bband when u guys not here nnt???


may 1st...will be miss this moment...
~love u all~




sekian

final dah abes..

you know what,, actually I can go back to Johor on April 26 because my final exam for this semester was finished so so so early...while other dip students finished their exam on may 1..but since May 16 i will play in a drum competition for my brass band at uitm seri iskandar, Perak, i have to forgotten my semester break yang x delah lame sangt~1 bulan je...a month break, yeah, that's not too long but it still a break and i want to go back to my home since 3 month here x kelik2...hmmm...but,, nevermind lah...if i back home,, for sure RM150 are flying away just for the bus ticket~haha

so,,i will stay here until may 13 and off to Perak on may 14...practice and practice and practice...INSYAALLAH,, if Allah willing,, we will win it band~!!..chiayok2






sekian


Monday, February 21, 2011

camp bb part 1

hola~!!...quite long la i'm not updating....busy ckit..
never mind la...this time i want to share my camping experience...
yeah, camping as a commander is truly fun...we can do whatever to the pelatih..hihii..best gile la camping ade jawatan...
still, we did what the pelatih did. explorace with them, masuk jungle together with them, and many more..so, if they're tired, we're tired too....okeyh~ 
anyway, this camp is for students part 1, so we just do the basic camp..maklumlah., still a freshman,,can't be too harsh..

*17 feb 2011*

with komander anjang as the pengarah projek

we started our 1st xtvt around 5.30 p.m.

commanders

presented the 1st xtvt
_name, cheer, and song from every group_

Nak sign~

another tasks...we gave them all a list of commanders name and asked them to fulfill it with the instruments and the commanders signature...macam2 bende they need to do before we give our sign..they should be singing and much more..and they should fill it up until the last day of camp..
saje kenekan diorang...jangan marah ea~


2nd xtvt at night
_a talk about leadership by en.khairul_

 before ending today's xtvt 

after the all pelatih go back to their hostels, the all commanders did a postmortem for a while. we discussed about 2morrow xtvt which is an explorace~!

about 12 o'clock i got to my room..thanks to kak zaidah coz send me to my hostels that night..naseb baik la akak naek moto~


*18 feb 2011*

_started our morning with exercises_

after breakfast, we started our 1st xtvt for today.. ya,,explorace!
unfortunately, this morning many pelatih got to went to thier ptptn.

_ramaikan??_

but,,it's okay..korang pg la ptptn tu..
we still continue our plan though we only had 3 group which was 6 person per group.
and now,, begin~!

_ sudoku @ foyer with raz, mat n liya _

_music note @ pondok bas with mia n aina_

_make up @ block d with alia n syamil_

_sing a song n change the shoe @ birda with shila n farid_
-me n dayat saje je tu,,dtg tengok2-

_create a music for us @ tasik with mali, shah,din n iffah_

yeay!completed our explorace xtvt..
 then, we rested for a while for solat jumaat and continued our xtvt at 2.30p.m.
after took a lunch that had prepared by cikgu,, we gave a time for the pelatih to discuss about thier malam kebudayaan. 

then, at 5p.m. we gave them a lesson, how to kawad.


we ate together after tired with kawad....(tired ke???)..sikit je tuh..

then, the pelatih went back to thier own hostel for take a shower and solat maghrib...
(mandi ke??kan x de air mase ni...haha)


malam yang ditunggu2 sudah tiba~
that's it:- malam kebudayaan.
 each groups have to make a performance..
2 dramas, an audition, a singing, and for sure dikir barat..that was thier choices.



overall,,okay la~good job guys..korang memang sporting.!

right after thier performances done,, komander amali terus gave a command..he asked all the pelatih to masuk baris.
and you know what?..die denda pelatih..ungkit semua kesalahan diorang..
but,, x de la teruk mane pon...

just,, raised your hand up in a moment~

then,, pelatih balik bilik..

*19 feb 2011*

ya,, the last day of the camp..
after panaskan badan, we played a game = made a longest line by using everything that you have now..


so,this was the results looked alike..


then, we told them to lie down at this medan ilmu

bukan ape,, just for suka-suki..
just in a minute, we'll go into the jungle .. so, we gave you time to rest now..

take  pictures b4 went into the jungle..

kodi and i had given a task as the crochet's commander group.
and this is our group.


shera's, alia n anjang's group


raz n rabit's and mat and alya's group.


before went into the jungle,,
we gathered in front of tdm's hostel...ha,,this is my hostel)~hehe

we started our jungle tracking after cmder anjang made a doa'.



we stopped at 1st checkpoint.

here, we're given a task to make a wooden chairs.

then, cikgu was asked to check the strength of the chair.

we proceeded our journey to 2nd checkpoint.


ya,, this was our 2nd checkpoint.

all pelatih were soaked in this kolam.
kesian korang,,sejuk~


ni plak,,the 3rd checkpoint..

they were asked to cook an instant mee.. 

ended our xtvt in the jungle~
then, we gathered for the last event : eat and presents


these were our winners..

although they were in 1st, 2nd , 3rd , 4th and 5th placed , but the all presents were same je..


as soon as got the present, they divided it to each other.


makan sudah. hadiah sudah. what's more everyone???ya,,take a picture la~huhu

finish sudah our 3 days and 2 nights camping...
hope that this camp could further strengthen our relationship..wokeyh~




sekian






.S.a.Y.a.

My photo
Ni hao ! Wo shi suhaida . Ups, iam not chinese but in love with huayu :) kalau dapat kawen ngan chineseeee ; homaiiiiii . Kakaka °◆•◇▼←◇←○↓▶←•→ tingtong☆☆★

Translate